Hari ini tokwan dan maktok datang dari Penang. Maryam dan Aiman punyalah seronok. Esok tokwan dan maktok ada jemputan kenduri di Wangsa Maju, jadi mereka datang sehari awal untuk berjumpa dengan cucu-cucu kesayangan. Selesai check-in di Royale Bintang Damansara, kami berjalan kaki ke IKEA untuk makan tengahari. Ini adalah kali kedua Maryam dan Aiman makan di sini ditemani tokwan dan maktok. Kali pertama dulu pada bulan Disember 2008.
Memandangkan kami tiba pada waktu makan tengahari, restoran sesak dengan pelanggan. Terpaksa agih-agihkan tugas, sebahagian beratur di kaunter, sebahagian mencari meja kosong.
Menu yang ada memang unik dan istimewa. Maklum saja IKEA berasal dari wilayah Scandinavia. Banyak pilihan untuk salad, pencuci mulut dan roti. Menu utama pula ada ayam, ikan salmon dan bebola daging. Bebola daging memang sedap. Kalau datang sini perlu cuba bebola daging yang dihidangkan bersama sos dan kentang goreng. Untuk minuman pula, bayaran dikenakan terhadap cawan atau gelas yang digunakan, manakala minuman adalah percuma dan boleh isi berulang kali, cuma air mineral atau air kotak sahaja yang perlu dibayar. Keadaan restoran memang bersih, sesuai dengan imej IKEA sebagai satu syarikat yang terkenal di peringkat global (kalau kotor mesti malu!). Pelanggan digalakkan mengemas sendiri meja selepas makan, tetapi ramai yang tak endah jadi ada pekerja restoran yang akan kemaskan. Harga makanan boleh dikategorikan sebagai murah dan berpatutan bila dibandingkan dengan kuantiti dan kualiti makanan yang disediakan.

No comments:
Post a Comment