Tatkala mencari maklumat mengenai Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin - kitab tulisan al-Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari yang membahaskan aqidah Islam, secara tidak sengaja terjumpa artikel ringkas yang menarik mengenai aqidah beliau. Selain membincangkan mengenai perubahan al-Imam Abu al-Hasan dari Muktazilah kepada Ahl Al-Sunnah, penulis artikel ini turut membicarakan pendirian al-Imam mengenai sifat-sifat Allah dengan merujuk kitab al-Ibanah fi Usul al-Diyanah.Petikan artikel (dengan sedikit pembetulan ejaan dan tatabahasa):
Begitulah seterusnya apa yang beliau sebutkan di dalam kitabnya berkenaan sifat-sifat Allah tanpa mengubah maknanya, tanpa bertanyakan bagaimana, dan tanpa menafikannya.Syabas buat Islam Hadhari kerana berjaya menghasilkan penulisan ilmiyah yang lengkap dengan rujukan, walaupun ada kesalahan ejaan dan tatabahasa. Klik gambar di atas untuk link ke artikel tersebut.
Beliau mengisbatkan sifat-sifat itu seperti yang layak dengan kebesaran Allah dan ketinggian-Nya, Maha Suci Allah daripada menyerupai makhluk; sama seperti para Imam Ahl al-Sunnah yang lain, iaitu mengisbatkan apa yang dinyatakan oleh Allah tentang tentang diri-Nya dan juga apa yang telah dijelaskan oleh Nabi-Nya sallallahu 'alayhi wasallam. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud: "Tidak ada seumpama-Nya sesuatu, dan Allah Maha Mendengar lagi Melihat."

2 comments:
I LIKE ALL YOUR ARTIKEL,KEEP IT UP :)
Thx for the link and explanation. Baru paham ttg Aqidah Asy'ari secara lebih mendalam.
Post a Comment