Seringkali manusia tatkala dikurniakan kesedaran untuk mendekatkan diri dengan Penciptanya, maka semangatnya akan berkobar-kobar bak cahaya sang suria di pagi hari. Namun, sudah menjadi fitrah api, jika tidak dikawal dengan baik, maka akan tersasar membakar dan menghancur diri. Maka oleh sebab itu, manusia perlu mencari petunjuk yang dapat mengawal dan menyalurkan semangat berkobar-kobar tersebut mengikut aliran yang tepat dan optimum.
Hendaklah para penuntut ilmu membezakan antara ilmu Islam dan pemikiran Islam yang merupakan cabang kepada ilmu Islam yang menjadi teras. Maka hendaklah penuntut ilmu mengutamakan mempelajari ilmu Islam dengan tekun - dalami ilmu al-Quran dan al-Hadis dan mantapkan ia di dalam hati sebelum terjun ke lautan pemikiran Islam. Tekuni Tafsir Ibn Katsir sebelum cetusan idea Hassan al-Banna, gagahi Sahih al-Bukhari dan Fath al-Bari sebelum karya-karya Said Hawwa, Iqbal dan lain-lain tokoh pemikir Islam...
Antara ilmu-ilmu Islam yang banyak, kukuhkan dahulu ilmu iman di dada sebelum masuk ke gedung fiqh yang banyak pintunya, dan rimba kesufian yang mudah pula tersesat di dalamnya. Sesungguhnya iman adalah sebaik-baik amal seorang hamba, firman Allah: "Adakah kamu menganggap melayan orang mengerjakan haji dan memakmurkan al-Masjid al-Haram sama tarafnya seperti seseorang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat dan berjihad pada jalan-Nya? Tidaklah sama perbandingannya di sisi Allah, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim." [al-Tawbah, 19]
Daripada Abu Hurayrah radiyallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam pernah ditanya: "Apakah amalan yang paling utama?" Sabda baginda: "Beriman kepada Allah dan rasul-Nya," kemudian baginda ditanya lagi, "Kemudian apa?" Sabda baginda: "Jihad pada jalan-Nya." [al-Bukhariy & Muslim]
Meminjam kata-kata Syeikh 'Abd al-Majid al-Zindani, "Iman adalah asas yang menghubungkan seorang hamba dengan rabbnya, hasilnya terbit rasa cinta dan takut akan Allah, membuatkan seoranh hamba taat dan menjauhi maksiat, dan dengannya orang-orang beriman beroleh kejayaan di dunia dan akhirat."
Oleh itu, wahai para penuntut ilmu, utamakanlah mempelajari iman mengatasi yang lain. Bak kata pepatah, iman itu tidak dapat diwarisi. Ia dibina atas kefahaman dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah.
Salam dari bumi Ottawa.
Wednesday, January 03, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Begitu. Ilmu iman itu bagaimana? rukun iman? Bukankah iman ini soal hati? Riyadat al-nafs?
kuasai ilmu iman dgn mempelajari rukun2 iman yg 6(hadith Jibrail - bukhari & muslim) mengikut dalil2 naqli & 'aqli sehingga faham & yaqin. dan iman bukan sekadar soal hati (hati2 dgn pengaruh murji'ah) bahkan ia merangkumi ucapan (spt al-baqarah 136, hadith "Aku diperintah memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah..." bukhari & muslim) dan amalan (spt al-hujurat 15, hadith iman 70 lebih cabang - bukhari & muslim). inilah pendapat yg masyhur (iman=iktiqad di hati+qarar di mulut+amal dgn anggota) menurut Malik, al-Syafi'e, Ahmad, al-Awza'ie, Ishaq ibn Rahawaih dan semua Ahl al-Hadith, Ahl al-Madinah, Mazhab Zahiri dan sebahagian Ahl al-Kalam...
pun begitu, pemahaman iman mesti terikat dgn dalil2 naqli, jgn terpengaruh dgn sebahagian Ahl al-Kalam yg sesat, membincangkan iman dgn manhaj falsafah semata-mata hingga tergelincir dari landasan kebenaran...
Oh ok. Saya tahu 6 rukun iman dan juga pendapat masyur ttg iman itu. Rasanya dalil2 naqli berkaitan 6 rukun2 iman itu pernah belajar (sistem pendidikan sekolah kita) tetapi tak hafal kesemuanya. Jadi kalau nak lebih mendalami ilmu iman, buku apa yg perlu dibaca? tafsir ibn kathir dan sahih al-bukhari? Teringat juga abang pinjam buku ulumul iman hari itu.
boleh juga mempelajari iman melalui kitab2 tafsir spt Ibn Katsir dan kitab2 hadith spt Sahih al-Bukhariy, cuma lebih mudah jika kita mempelajari kitab2 yg disusun khas utk membicarakan iman. kitab2 hadith spt Sahih al-Bukhariy, sungguhpun telah disusun mengikut topik2 khusus, namun lebih elok jika kita dpt mempelajari kitab2 yg ditulis khas mengenai iman.
masalah pula dlm memilih kitab - kerana byk sgt kitab yg ada di pasaran. dlm memilih kitab, pastikan penulis mengikut manhaj ahl al-sunnah wa al-jamaah - setiap perbincangan mesti disertakan dgn dalil2 dari al-Quran dan al-Sunnah spt yg difahami oleh tokoh2 'ulama di kalangan Sahabat, Tabi'in dan 'ulama kemudian yg mengikut manhaj mereka. tidak boleh menafsir al-Quran atau al-Sunnah sesuka hati, seperti Syi'ah yg sentiasa cuba menyesuaikan ayat al-Quran dgn fahaman mereka. Ahl al-Sunnah menyesuaikan fahaman berdasarkan al-Quran, bukan sebaliknya.
iman kpd Allah adalah rukun iman pertama, maka perbincangan mengenai iman kpd Allah sgt penting. huraian mengenai tauhid rububiyah, uluhiyah dan asma wa sifat memudahkan kita memahami iman kpd Allah. contoh mudah, mari kita berfikir, di kalangan penganut buddha - ada yg menjadi vegetarian, tidak berkahwin, menjauhkan diri dari keduniaan, hati mereka boleh dikatakan bersih dari penyakit hasad dengki - jika kita timbang dgn aqal kita, lihat penganut2 buddha ini melakukan amal melebihi kita umat Islam dlm mendekati Tuhan mereka - namun amal mereka tidak diterima Allah. bagaimana pula dgn sikap musyrikin Makkah - Abu Jahal, Abu Lahab yg apabila ditanya siapa yg mencipta langit dan bumi? mereka menjawab ALLAH namun mereka tidak Islam. mengapa keadaan spt ini berlaku? bagaimana pula hendak mengenal Allah yg kita sembah? kesemua persoalan ini mesti dijawab dgn hujjah2 dari al-Quran dan al-Sunnah.
from my opinion, antara kitab2 aqidah yg elok ialah Syarah Aqidah Thahawiyah oleh Ibn Abi al-Izz al-Hanafi, Syarah Aqidah Wasitiyah, Syarah Usul Iqtiqad Ahl al-Sunnah oleh Imam al-Lalika'i, al-Wala' wa al-Bara' oleh al-Qahtani, Fath al-Majid Syarah Kitab al-Tawhid, elok juga baca syarah 'ulama mengenai kitab iman dalam sahih al-bukhariy.
wallahu a'lam.
Post a Comment