"Sesungguhnya tahap kemuliaan sesuatu bidang ilmu itu diukur berdasarkan kemuliaan perkara yang dibincangkan dan dari ruang lingkup kajian yang dijalankan. Sebagai contoh, ilmu perubatan lebih mulia dari ilmu pertukangan, kerana medan perbincangan ilmu pertukangan ialah kayu, sedangkan medan perbincangan ilmu perubatan ialah anggota manusia. Adapun kemuliaan ilmu iman, maka ia terletak pada kemuliaan aspek perbincangannya, dan adakah sesuatu yang lebih hebat dari Allah pencipta segala? Adakah sesuatu yang lebih mulia dari utusan-utusan Allah dari kalangan manusia? Adakah sesuatu yang lebih penting buat manusia selain dari mengetahui agamanya sendiri, dan tujuan kewujudannya di dunia ini, dan tempat kembali yang menantinya selepas kematiannya? Atas dasar inilah maka ilmu iman adalah asas ilmu-ilmu Islam yang lain, ia merupakan ilmu yang paling utama dan paling penting secara mutlak."Al-Syeikh 'Abd al-Majid al-Zindani, 'Ilm al-Iman, m/s 15.
Monday, January 15, 2007
Kemuliaan Menuntut Ilmu Iman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment