Saturday, December 31, 2005

Laporan Program Kem Penghayatan Solat dan Kecemerlangan Akademik

Tarikh:
25-27 November 2005

Tempat:
Institut al-Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Anjuran:
Yayasan Penuntut al-Imam al-Syafi’e (YAPIS-UIAM) & Institut al-Qayyim (IQ-DPIQAJ)

Tema Program:
“Sunnah sebadai panduan kecemerlangan sahsiah dan akademik.”


Alhamdulillah, dengan izin Allah, kem tersebut telah dapat dijalankan sebagai salah satu usaha dakwah dan khidmat kepada masyarakat, terutama generasi muda di kawasan utara tanahair. Untuk siri ke-3, kali ini elemen kecemerlangan akademik turut dimasukkan dalam objecktif program memandangkan kepada keperluan untuk menghasilkan pelajar Islam yang cemerlang dalam sahsiah dan akademik. Seramai 58 peserta telah menyertai program kali ini, dari umur 8 tahun ke 15 tahun.


Antara cadangan dan komen yang diterima dari waris peserta ialah untuk memanjangkan tempoh program kerana tiga hari terlalu singkat dan ditambah modul-modul untuk pembinaan sahsiah seperti jungle-trekking, hiking dan lain-lain. Pihak penganjur mengucapkan jutaan penhargaan kepada pihak IQ yang telah memberi bantuan sepenuhnya sepanjang perjalanan program.


Selaku salah seorang jawatankuasa pelaksana program, saya ingin merakamkan sejuta penghargaan buat rakan-rakan dari UIAM dan UiTM yang sanggup berkorban masa dan tenaga dalam usaha mereka menjayakan program ini walaupun dalam jumlah yang amat sedikit, baik committee program mahupun fasilitator. Sesungguhnya perjuangan menuntut kepada pengorbanan dan kesungguhan. Hanya Allah yang dapat membalas keikhlasan kalian.

Sunday, December 25, 2005

Azan Jumaat dua kali bid'ah?

Al-Imam al-Zuhri berkata: "Al-Sa`ib ibn Yazid memberitahuku: "Sesungguhnya azan [yang disebut Allah dalam al-Quran] yang pertama ialah tatkala imam duduk di atas minbar [dan kemudian ketika iqamah untuk solat dilakukan] pada hari Jumaat [di pintu masjid] pada zaman Nabi s.a.w., Abu Bakr dan 'Umar. Pada zaman pemerintahan Uthman, manusia bertambah ramai [dan jarah antara rumah bertambah jauh] Uthman telah memerintahkan agar dilakukan azan ketiga (dalam satu riwayat disebut: azan permulaan, dalam riwayat lain disebut: azan kedua) [di atas rumah [kepunyaannya] di pasar yang diberi nama al-Zawra'] maka azan pun dilaungkan di al-Zawra' [sebelum Uthman keluar, untuk memberitahu manusia bahawa waktu Jumaat telah tiba], dan kemudian tetaplah urusan tersebut, [dan manusia tidak menyanggahi keputusan Uthman tersebut, sedangkan Uthman telah disanggah orang ramai ketika beliau menunaikan solat dengan tamam di Mina]."
*Riwayat al-Bukhariy, Abu Dawud (lafaz hadith ini mengikut Abu Dawud), al-Nasa`ie, al-Tirmidhi, Ibn Majah, al-Syafi'ie, Ibn al-Jarud, al-Baihaqi, Ahmad, Ishaq, Ibn Khuzaimah dan lain-lain.

Rumusan dari pendapat al-Syeikh al-Albani: Kita tidak mengikut perbuatan Uthman secara mutlaq tanpa memerhatikan hujjah-hujjah beliau, dan telah kita ketahui bahawa Uthman menambah azan kerana beberapa sebab yang rasional, iaitu bilangan penduduk Madinah yang bertambah ramai dan jarak antara kawasan perumahan yang semakin jauh dari Masjid Nabi, maka sesiapa yang mengikut pendapat Uthman secara taqlid buta tanpa memerhatikan sebab-sebab ini maka dia telah menyanggah Uthman, kerana jika sebab-sebab tersebut tidak berlaku, sudah tentu Uthman tidak akan menambah azan dan meneruskan sahaja azan yang dilakukan pada zaman Nabi, Abu Bakr dan 'Umar.
*Al-Ajwibah al-Nafi'ah, m/s 9.

Thursday, December 22, 2005

Nak belajar Sihir?

Al-Syeikh Muhammad ibn Salih al-'Uthaimin ditanya:
"Bolehkah seseorang mempelajari ilmu sihir?"

Jawab al-Syeikh Ibn 'Uthaimin:
"Mempelajari sihir adalah haram, bahkan seseorang menjadi kafir sekiranya dia menggunakannya sebagai jalan memohon bantuan syaitan, firman Allah: "Hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia..." [al-Baqarah, 2: 102].

Maka mempelajari sihir dari jenis ini, di mana sihir menjadi perantara untuk mendapatkan bantuan syaitan adalah kufur, oleh itu ahli sihir dibunuh disebabkan dia telah murtad atau dikenakan hudud. Sekiranya sihir tersebut dari jenis yang mengkafirkan seseorang, maka dia dibunuh di bawah peruntukan hukum murtad dan kafir. Sekiranya sihir tersebut tidak sampai ke tahap menyebabkan dia kafir, maka dia dibunuh di bawah peruntukan hudud, untuk melindungi kaum muslimin dari kejahatannya dan kecederaan disebabkan perbuatannya."

Sunday, December 18, 2005

Secrecy and keeping secrets

Menyembunyikan rahsia saudara dan tidak menyebarkannya sebahagian dari kemuliaan akhlaq dan adab Islam - Nuzhatul Muttaqin 1/489.

Dari Anas r.a. beliau berkata: "Suatu ketika aku sedang bermain dengan dua budak, Rasulullah s.a.w. datang kepadaku, baginda memberi salam ke atas kami dan menyuruhku menunaikan suatu suruhan, maka aku telah terlambat (menemui) ibuku. Ibuku bertanya: "Apa yang menahan engkau (menyebabkan engkau lambat)?" Aku menjawab: "Rasulullah s.a.w. telah menyuruhku melakukan suatu keperluan." Ibuku bertanya lagi: "Apakah keperluan tersebut?" Aku menjawab: "Ianya rahsia." Ibuku berkata: "Jika demikian jangan beritahu rahsia Rasulullah s.a.w. kepada sesiapapun." [Muslim]

Thursday, December 15, 2005

Misplacing the Temple of Solomon

Kajian oleh Dr. Ernest Martin membuktikan bahawa lokasi asal Rumah Ibadah Kaum Yahudi yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s. berada di luar kawasan Masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis...



The book The Temples That Jerusalem Forgot is a result of the in-depth research of Dr. Ernest Martin that shows that the Temples of God in Jerusalem were indeed located over the Gihon Spring and not under the Dome of the Rock.

http://www.askelm.com/temple/t000601.htm

Tuesday, December 06, 2005

Sumber Yang Suci Murni

Muhammad ibn Sirin (w. 110 H), seorang tokoh generasi al-Tabi'in berkata:

"Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan al-Sunnah) adalah din (agama); oleh itu perhatilah daripada siapa kamu semua mengambil agama kamu."

Riwayat Muslim dalam Muqaddimah Sahih Muslim.

Saturday, December 03, 2005

Solat Mayat Hilang?

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah: "Dan bukanlah dari petunjuk dan sunnah Nabi s.a.w. mengerjakan solat jenazah ke atas setiap mayat yang ghaib.

Sesungguhnya telah mati ramai dari kalangan orang Islam dan mayat mereka ghaib, sedangkan Nabi tidak pula mengerjakan solat jenazah untuk mereka, dan yang sahih dari baginda: Bahawa baginda telah mengerjakan solat jenazah untuk Najasyi sepertimana solat untuk mayat..."

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah: "Sekiranya seseorang mati di suatu negeri dan mayatnya belum disolatkan, hendaklah dikerjakan solat jenazah ghaib untuknya, sepertimana Nabi s.a.w. solat untuk Najasyi, kerana beliau mati di kalangan orang kafir dan mayat beliau belum disolatkan. Sekiranya mayat telah disolatkan selepas kematiannya, tidaklah dikerjakan solat jenazah ghaib untuknya, kerana kewajipan tersebut telah gugur setelah orang Islam mengerjakan solat jenazah untuknya, dan Nabi s.a.w. telah mengerjakan solat ghaib dan meninggalkan solat ghaib, perbuatan baginda yang mengerjakan dan meninggalkan adalah sunnah, apabila baginda mengerjakan sesuatu maka pada keadaan tersebut menjadi sunnah dilakukan, dan apabila baginda meninggalkan sesuatu maka pada keadaan tersebut menjadi sunnah ditinggalkan."

*Solat ghaib untuk Najasyi diriwayatkan dari ramai Sahabat (Abu Hurayrah, Jabir ibn Abdillah, 'Imran ibn Husayn, Jarir ibn Abdillah dll) oleh imam-imam hadith yang enam, Ahmad dan al-Tayalisi.

[Zaad al-Ma'aad fi Hady Khayr al-'Ibaad 1/500-501]

Friday, November 25, 2005

Kursus Penghayatan Solat dan Kecemerlangan Akademik

Tarikh:
25-27 November 2005
Tempat:
Institut Pengajian Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Anjuran:

Yayasan Penuntut Imam Al-Syafie (YAPIS) & Institut Pengajian Ibn Qayyim Al-Jauziyyah

Objektif Program
1. Melatihkan dan melazimkan peserta dengan ibadah solat berpandukan Sunnah Rasulullah
2. Meningkatkan dan menjana motivasi di dalam pelajaran akademik
3. Membimbing dan menerapkan peserta dengan akhlak Islam

Yuran: RM 50
*pembayaran boleh dibuat di Institut Pengajian Ibn Qayyim Al-Jauziyyah
Sasaran: Pelajar Sekolah berumur 10-17 tahun (Lelaki sahaja)
Fasilitator: Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Program ini merupakan tradisi bagi mahasiswa UIAM sejak tahun 2003. Ini adalah kali ketiga kami mengendalikan program ini di Pulau Pinang. Dijalankan dengan bimbingan dan bantuan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan para jawatankuasa Institut Pengajian Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, Pulau Pinang.

Program sebegini dapat mengeratkan ukhuwwah di kalangan mahasiswa dan masyarakat sekeliling, dan melatih mereka menjadi pendakwah kepada komuniti Islam di luar kampus. Salah satu langkah untuk mendidik generasi muda masyarakat agar berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Berminat? Layari laman blog YAPIS di sebelah...

Thursday, November 17, 2005

Islamic Finance: The Challenges Ahead

Islamic Finance: The Challenges Ahead
3rd International Islamic Banking and Finance Conference
16 & 17 November 2005
Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur

website: http://www.monash.edu.my/bc3

Towards the Realisation of Divine Objectives and Moral Principles in Islamic Finance

Alhamdulillah, my paper is accepted and will be presented by my good friend, Dr. Hassanuddeen. Can't wait to hear response from others...

Monday, November 07, 2005

Chechnya... ambil tahu!

Ambil tahu...
Dalam kesibukan kita memenuhi kepentingan diri kita, sama-samalah luangkan masa untuk mengetahui kisah perjuangan saudara kita di seluruh dunia. Saudara-saudara kita di Chechnya telah lama menderita. Marilah kita ambil pengajaran terhadap apa yang menimpa mereka, dan jangan berhenti dari terus berdoa untuk mereka, di samping memikirkan bentuk bantuan lain yang dapat diberikan...


http://www.globalissues.org/Geopolitics/Chechnya.asp

Informasi yang tepat membantu memberi gambaran yang menyeluruh dan tindakan yang betul.

Negara kecil ini telah sekian lamanya memperjuangkan kemerdekaan, namun cengkaman penjajahan Russia terus menghalang impian rakyat Chechnya untuk bebas di bumi sendiri. Kekayaan minyak dan pelbagai hasil bumi menyebabkan ia menjadi rebutan Russia, ditambah dengan kepentingan politik Vladimir Putin untuk terus kekal berkuasa di Kremlin. Kekacauan yang berterusan hanya menyebabkan kemusnahan... yang menjadi mangsa, rakyat awam yang tidak bersalah.

Betapa ruginya dunia apabila orang Islam hilang kuasa!

Sunday, November 06, 2005

Bid'ah: Antara Ibadah dan Adat

Setiap bid'ah dalam agama adalah sesat, manakala bid'ah dalam urusan dunia tidak ditegah selagi tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas yang telah diletakkan agama. Allah memberi kebenaran kepada manusia untuk meneroka dunia dan memenuhi tuntutan kehidupan mereka sepertimana yang mereka mahu, asalkan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip asas agama, iaitu memelihara keadilan, menghalang mudarat dan menghasilkan manfaat.

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah:

"Segala amal perbuatan makhluk terbahagi kepada dua: 1) Ibadah yang diambil sebagai agama, memberi manfaat di akhirat atau memberi manfaat di dunia dan akhirat; 2) Adat yang memberi manfaat kepada kehidupan mereka.

Maka, hukum asal dalam ibadah: Tidak diperintah melakukannya melainkan apa yang Allah perintahkan.

Dan hukum asal dalam adat pula: Tidak dihalang daripada melakukannya melainkan apa yang Allah telah larangkan."
[Iqtida' al-Sirat al-Mustaqim li Mukhalafah Ashab al-Jahim]

Wednesday, November 02, 2005

Eid Mubarak!


Semoga segala amalan diterima Allah dan diampunkan dosa-dosa yang lalu.
Maaf zahir & batin.
Sambutlah kegembiraan Eid berlandaskan lunas-lunas syarak.

Semoga istiqamah dalam perjuangan.

Ruang dalam Masjid Besar Qurtubah, Andalus.
Tinggalan bukti keunggulan tamadun Islam di bumi Sepanyol...
Moga menjadi inspirasi buat para pejuang agar terus berusaha mengembalikan kegemilangan Islam.

Sunday, October 23, 2005

Lessons of the Past

A LIFETIME has gone by fighting, fuming, biting;
A lifetime has gone by accusing, annoying, abusing;
Thousands of lives have fallen by the way-side
And thousand more have been swept away by the tide
Of bitterness, barbarism, brutality
And still many an eye is bloodshot
And many a heart bloodthirsty
On both sides of the boarder:
Still vehemence, fanaticism, ferocity
Move many a one
And evil minds can do what they’ve often done
Refusing to learn even the simple law of self-interest
Unless browbeaten by the West
Which always has a game to play;
But, as they say, hope springs internal in the human breast
And who knows, wisdom may dawn one day
For miracles to happen
So let’s learn from earlier causes
And build upon these hopeful noises.

Saturday, October 01, 2005

Tangisan Sejati

Daripada Abu Hurayrah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk neraka sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah sehinggalah kembalinya susu ke kantung susu, dan tidak akan berkumpul debu-debu di jalan Allah dan asap neraka dalam hidung seorang hamba selama-lamanya."

Ibn Abi al-Dunya & Al-Tirmidhi, katanya: Hasan Sahih.

Wednesday, September 28, 2005

Life & Death

It's Wednesday. After a week attending the TIDE 26 course (kat Genting...!), classes resume as usual. Morning - Contemporary Issues in Sunnah Studies. Third Issue: Hadith Ahad Hujjah Dalam Semua Perkara termasuk Aqidah. We discussed the evidence to support the claim that single-narrated authentic hadith is accepted as fact in Aqidah...

After class, directly went back to office. Final touch (konon!) for my presentation this afternoon, on Ibn Hazm and his methodology in Comparative Religion. Dah dua minggu postponed ni (satu water-crisis, then kena attend TIDE...). Tomorrow pulak ada midterm - Islamic Critical Thinking!

About 2.20pm, the slides for the presentation was ready. Went to make some copies for my colleagues at the Dept. offce. All of a sudden, a very shocking news came to us - our beloved Deputy Dean died! I just visited him on Monday after coming back from Genting...

Cause of Death: Dengue
Age: 47

Inna lillah wa inna ilayhi rajiun...
The faculty was quickly deserted. All went to pay the last respect to their colleague. I suddenly recalled my relations with him. He was with me during my interview session - to be formally accepted as a staff of the university, and how he commented my strong argument - that the other panels told him that I hold such a very orthodox view of Islam... How he lead my group during the last IEP program in Kuantan, and he was my partner during one of the game sessions.

Thinking of him as my friend of the same religion, I've decided to visit him, and waited until the funeral was completed. It rained a bit, and as the imam finished reciting the doa, the call for Maghrib filled the air.

That night I couldn't focus on my study for midterm tomorrow. Terpaksalah tidur kat masjid... cari ketenangan la konon!

Friday, August 12, 2005

Only Hope

There's a song that's inside of my soul
It's the one that I've tried to write over and over again
I'm awake in the infinite cold
But you sing to be over and over and over again

So I lay my head back down
And I lift my hands and pray
To be only yours, I pray
To be only yours I know now...
You're my only hope

Sing to me the song of the stars
Of your galaxy dancing and laughing and laughing again
When it feels like my dreams are so far
Sing to me of the plans that you have for me over again

So I lay my head back down
And I lift my hands and pray
To be only yours, I pray
To be only yours I know now...
You're my only hope

I give you my destiny
I'm givin' you all of me
I want your symphony singing in all that I am
At the top of lungs
I'm givin' it back

So I lay my head back down
And I lift my hands and pray
To be only yours, I pray
To be only yours, I pray
To be only yours I know now...
You're my only hope

Wednesday, August 03, 2005

Royal Pardon...! Hey, come on laa!

Then kitorang bincang pasal forgiveness. This one lagi susah nak practice... the exact concept of forgiveness is to forgive when you have the ability to punish the one who committed the mistake, especially when you are the victim, and you rights have been treated unjustly... then when you have the ability to take back your rights and punish this person, you just forgive him and just let him go... sound pretty easy, cuba la kena dulu baru tahu senang susah, rasa cam pikul peti ais naik puncak klcc senang lagi!

Allah says: "Nor can Goodness and Evil be equal. Repel (Evil) with what is better: then will he between whom and thee was hatred become as it were thy friend and intimate!" [Fussilat, 34]

Err... another important thing that must be considered in forgiving others is that the forgiveness must lead to benefits, if it lead to harm, then one must take his right, punish the wrongdoer and not to forgive. You can’t deny it... there are people that would not ‘makan saman’... if you forgive him, he will be bold and continue to do injustice... then, better not to forgive!

Building Islamic Network through Brotherhood

Wahh... ini pun susah nak praktik.

Most of us have the characteristic of doing good to those who benefit us only, right? (Don't worry, myself included). Yupp, we are inclined to have good relationship with those who benefit us only. Many will think that they are observing the command to enjoin brotherhood with their surrounding friends & relatives, but as the Prophet said: "The one who enjoins brotherhood is not the one who befriend those who are already having good term with him, but the one who enjoins brotherhood is the one who befriend with those who break the relationship with him." [al-Bukhariy].

Hmm... kadangkala keegoan diri menghalang impian murni ni tercapai... ye lah, orang tu yang tak nak kawan dengan kita, kita pulak ibarat hidung tak mancung, pipi pulak yang tersorong-sorong... soron pun sorong la, janji penting untuk keutuhan ikatan ukhuwwah, lagipun RasuluLlah yang suruh... buat saja la.

Zaman kebendaan banyak mempengaruhi kehidupan manusia, sehingga ramai yang bersikap individualistik dan selfish - sedihnya :-( . Susah nak suburkan sikap diberi tuba dibalas susu... biarlah orang buat apa pun kat kita, yang penting kita buat baik kat dia. Senyuman manis pun dah dikira satu kebaikan... tak perlu keluar modal. Betul, kadangkala bila ditimpa pelbagai problems, tetiba kawan baik kita @ sesiapa pun la pandang kita dengan senyuman manis, rasa cam hilang semua problem... so, keraplah senyum kat orang, jangan la lupa sunnah beri salam pulak! (ingatan untuk diri sendiri - ok, lepas ni buat jangan tak buat)...

Remember aa! Don't break loose your ukhuwwah!

Tuesday, August 02, 2005

The inner beauty... is the right of every person.

Just got back from Aqeedah class... on the last pages from Al-'Aqeedah Al-Waasitiyyah' (author: Syaikh al-Islam Ibn Taymiyyah, commentaries: Sheikh Ibn al-'Uthaymeen & Dr. Soleh al-Fawzaan).

Some characteristics of Ahl al-Sunnah wa Al-Jamaah: excellent akhlaq (the internal) and practices (the external)... as mentioned in the hadith: "The most complete faith among the believers is the one with the best akhlaq" [Ahmad, al-Tirmidhi & Abu Dawud]. Forcing myself to practice these words... huh, susahnya nak jadi budak baik... and remember, the real beauty lies within your character, not the physical appearance (its given by God... you can't do nothing about it!)... made me to recall the story of Fatimah bint Qays, when Abu al-Jahm and Mu'awiyyah asked her for marriage, she went to the Messenger of Allah and asked his opinion... which he favours Usamah ibn Zayd, both his father and mother (Zayd ibn Harithah & Umm Ayman) were slaves... not-so-good-looking, but his akhlaq excels many others, alas he is the beloved of the beloved of the Messenger of Allah. Fatimah (of the noble Quraisy) married Usamah, and had a happy life together with him...

Hmm... still, kalau ada peluang, nak laa yang ada dua-dua (batin & zahir). However kena beringat, agama jua yang akan berkekalan dan penentu bahagia di dunia & akhirat...

Monday, August 01, 2005

Menyambut Kelahiran...

First time for the semester conduct Statistics tutorial... ok laa I guess, nampak student pun ok jee... mesti dah faham. 6.30 pm sharp - tutorial ends.

Sempat la makan malam with my good friend kat kantin bilal. Maghrib pun kat situ je laa. Lepas mandi rasa nak ke masjid pulak (woit! kertas SEKI due hari ni tak siap lagi la!!!) takpe la, apa salahnya solat Isyak kat masjid. Habis lama pun 1/2 jam, pastu balik sambung la paper SEKI tu...

Nak dijadikan cerita, lepas Isyak tu - my friend, Syed Abdul Khaliq from Kulliyyah of Medicine ajak ke rumah - celebrate his first niece - and the first granddaughter dalam family dia. Sheikh Aiman la jadi kepala, MKA & Razzaq ikut sama. Bukan selalu dapat tengok orang buat amalan tahnik ikut sunnah... so, dah ada peluang ni pergi je laa. At least dapat kongsi kegembiraan diorang. (woit! kertas SEKI tak siap lagi la!!!)

So, majlis dimulakan dengan makan-makan dulu. Family Syed masak Arabian food. Kitorang pun makan la bersungguh-sungguh (tapi aku dah makan tadi before Maghrib!) Then Sheikh Aiman kasi tazkirah sket pasal penjagaan anak, pastu cara-cara menyambut kelahiran bayi ikut sunnah... ni yang aku ingat la, pada hari ketujuh sunat diberi nama, lepas tu dijalankan aqiqah - baby boy dua ekor kambing, baby girl seekor saja. Pada hari ke-14 dicukur rambut baby, ditimbang. Kemudian beli la emas or perak dengan nilai timbangan tu, disedekahkan kepada fakir miskin.

Pasal aqiqah tu, tak disyaratkan beri pada fakir miskin. Bagi la kat sesiapa pun, atau kalau nak simpan makan sendiri pun takde masalah sebab tujuan utama aqiqah ni ialah nak tumpahkan darah kambing tu. Cara memasak pun takde ditentukan, suka hati la nak buat kurma ke, kari ke, masak BBQ ke... apa-apa la yang sesuai.

Lepas tazkirah pendek, bermulalah upacara tahnik (orang utara kata belah mulut). Sheikh Aiman ambil air zamzam + madu (tamar pun boleh) dan masukkan dalam mulut baby tu. Lepas tu lama la jugak dia baca doa untuk baby tu... tapi doa tu takde la dia baca kuat-kuat sampai ramai-ramai aminkan!

Aku dah buat azam, esok kalau dapat anak, aku akan pastikan upacara sambutan kelahirannya mesti selari dengan sunnah. Jangan la ada benda-benda bid'ah macam sesetengah orang buat. Kesian, baby baru lahir dah didekatkan dengan benda bid'ah. Sori la pakar-pakar marhaban, berzanji dan tahlil... better korang datang makan kenduri je...

Dah habis semua tu, kitorang pun balik la. Dalam kereta, Syed tak habis-habis tanya permasalahan Fiqh Perubatan Kontemporari... sampai kat bilik punya la letih... kertas SEKI? Esoklah siapkan!

Saturday, July 30, 2005

Comelnya...


Comelnya!

Economic War & the Dates of the Jews of Banu Nadhir

It was a hectic day... presentation in morning, then Jumu'ah prayer - luckily I can still grab few words from the Khutbah - something about Ihsan - well, got to practice it in my life anyway... then first time being selected as a celebrity (what? I still can't believe it - still they told it to the audience - young imam! hehehe... should be helping others to get married, poor he's still single!)

Then it was already dinner time. Telur goreng again! Wahh... after Isyak just rush to get my energy back - coffee kiosk near library - what else, still need to attend two-hours history class!

Well, just came from Seerah class. The sadness of Uhud, al-Rajik and Bi'r al-Ma'unah, and now the treachery Jews of Banu Nadhir... Yeah, the Jews settled in Yathrib (Madinah) before the Arabs. 70 CE - among the years that the Jews would remember in their heart, the year Titus Flavius Vespasanius (40-81 CE), emperor of the Romans conquered Palestine. His treatment of the vanquished Jews was infamously brutal. His most notorious act was to have the Great Temple of Jerusalem destroyed (it's only remainder today, the only piece of the temple to survive Titus' wrath, is the famous 'Wailing Wall', - the most holy place to followers of the Jewish faith).

So... some of those life-loving Jews fled from their homeland - far away from the Romans brutality... Qainuqa', Nadhir and Quraizhah settled in Yathrib.

The Arabs of Yathrib were Aus and Khazraj, both are branches of Khuzaah tribe, originating from Yemen. Came later to Yathrib. The two tribes had been fighting each other (thanks to the help of the so-called Jews allies), with Qainuqa-Khazraj alliance, and the other two-Aus alliance (well, that's what happened during the cold war... the bombs were downloaded in the pawn-countries - Vietnam, Afghanistan, Congo... and the kings were saved!)

Notes: When Prophet Muhammad s.a.w. arrived in Madinah, all agreed to enter the alliance-pact with the Muslims...

Back to the topic. Well, the Jews of Banu Nadhir were departed from Madinah. There are two versions of the story, one is narrated by Ibn Ishaq (famous, frequently quoted by historians - but the chains are weak) another is narrated by Ibn Syihab al-Zuhri (not-so-famous, but good chains). Difference: Cause of the Evacuation.

Well, according to the first version, the Prophet s.a.w. went to Banu Nadhir to collect blood money, after 'Amr ibn Umayyah al-Damri r.a. (the only person saved from Bi'r al-Ma'unah massacre - after Uhud) mistakenly killed two Jews whom the Prophet had gave assurance upon their life... (well, the person just got back from a massacre, didn't know that those two were under Prophet's protection). Since the Jews promised to enter the alliance, so its time to fulfill the obligation... (hahaha... a good advise to myself - walk your talk!)

However, those Jews planned to kill the Prophet by throwing a _ stone (err... batu pengisar), still a wise among them advised them not to do, because a prophet is a prophet. Surely Allah protects him. Jibrail conveyed the news of the conspiracy to the Prophet, the Prophet went back to Madinah...

Second version, after Badr, the Quraysh of Mecca commanded the Jews of Banu Nadhir to attack the Prophet s.a.w., and black-mailed them (sure, what else would you expect from the so-coward people). Poor the Jews plotted to kill Prophet by making a so-called Inter-faith dialogue, with only three person allowed to discuss from each side... the plot failed, now it was not Jibrail who conveyed the plot, but a Jew woman who told it to her Muslim brother...

The aftermath was the same, the Jews broken their promise (in other words: betrayed their own nation!), the Muslims sieged the settlement, and the famous story of cutting down the dates of Banu Nadhir came in. The Jews had always live in fortress, and Banu Nadhir had the advantage of palm dates as natural barrier, in addition to their stronghold. The Prophet instructed the Muslims to cut down the trees, while the Jews - complained that the Prophet is destructive in nature (while forgetting their betrayals), the revelations came down, with permission from Allah for the Muslims to cut the trees.

The hypocrites + Quraizhah + Ghatfan didn't come to help, as promised by Ibn Salul... The Jews surrendered. The Prophet gave them 10 days to evacuate their homes, they were allowed to take with them all but weapons... funny to hear, but most of them disbanded their own houses - carrying the doors, windows and roof together!!!

The elites seek shelter in Khaybar, and the others went to Syam...

Well, the story is recorded in surah al-Hasyr (exile, banishment), one of those few that I managed to memorized (actually we were forced to memorize the last section of the surah during secondary-school).

During the class, I couldn't stop from imaging myself as an economist, devising strategies to weaken the enemies by attacking their economy... as if economy is the palm trees that provide strong defence to the enemies... but, cutting trees is easier than attacking the economy, I guess...

Friday, July 29, 2005

Education - most powerful weapon against Poverty?!

Malas betul nak seterika baju nih... tapi dah hari Jumaat, kena la melawa sikit. Masuk office je terus kena kerja keras. Pukul 10 tadi ada talk, jadi kita yang jadi organizer kena la sibuk. Tak sempat nak hadiri meeting research group jam 9.15 pagi kat IIiBF. Sorilah Bro. Dzul, hopefully supplementary articles tu memadai to replace my inability to be there with you.

10.30 pagi - presentation bermula. Presenter: Dr. Anjum Siddiqui dari Ontario University, Canada. Tajuk: Macroeconomic Returns on Education in South Asia (eh, what the heck South Asia got to do with me!!!) Lama jugaklah fikir camana nak provide connection between the topic and my interest. Apa pun, dah boss suruh jadi organizer, masuk je lah... hopefully dalam presentation nanti I'll found the reason to actually be there rather than just doing my job! (for the sake of knowledge la kononya... something that Muslim students are lacking nowadays).

Jeng...jeng... Dr. Siddiqui managed to link me within his world of education returns... memang touching, especially pasal education in South Asia. Pakistan. India. The worst!!! Dengan highest %GDP yang dibelanjakan untuk military, highest rate of poverty and lowest %GDP contributed to education. Pakistan - the so-called Islamic Republic - la tu (7% for military and 1.8% for education). Anyway, Dr. Siddiqui ni memang nampak bersungguh-sungguh nak baiki keadaan di sana. He believed that to fight poverty, you have to attack the whole fronts: education, health, corruption-free government governance... and education should come first. Dari kajiannya, Malaysia adalah negara yang paling tinggi %GDP dibelanjakan untuk education (8% - hehehe... proud to be Malaysian Muslim!) Satu lagi, dia boleh menyanyi dan dah pernah hasilkan album khas untuk ibundanya, bertajuk Yaad (Urdu: Memory). Dia jemput sesiapa yang interested to join him in his study, or saja nak berkenalan or nak ambik jadi external supervisor.

12.00 tgh - talk habis. Lunch dengan staff kat restoran Arab dekat fakulti... minggu ni lambat jugak la nampaknya nak hadir ke masjid. Melepas la nak baca al-Kahfi :((

Jadi budak baik...

Jumaat.

Still banyak kerja, tak dapat nak laksanakan sunnah yang dituntut sepenuhnya. Entah apa yang berlaku semalam, walaupun tertidur awal, still liat nak bangun awal menghadap Ilahi... alhamdulillah, still manage to go to the masjid. Pagi tadi, Ustaz Arif tidak lead solat, instead Mustafa dari Saudi yang jadi imam, baca potongan dari surah Ibrahim pada rakaat pertama, dan potongan dari surah al-Tahrim pada rakaat kedua... mungkin sengaja tidak mahu membaca surah al-Sajdah dan al-Insan seperti kebiasaan. Lagipun, bukanlah satu kewajipan untuk membaca al-Sajdah dan al-Insan pada setiap subuh Jumaat, seperti yang diriwayatkan oleh al-Buhariy:

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Nabi s.a.w. pernah membaca pada solat subuh hari Jumaat Alif Lam Mim Tanzil al-Sajdah dan Hal Ata 'ala al-Insan (al-Sajdah dan al-Insan). [Kitab al-Jumu'ah, Bab bacaan pada solat Subuh hari Jumaat, hadith no. 891]

Panjang pulak syarahan Ibn Hajar al-Asqalaniy... well, secara ringkas, Ibn Hajar berpendapat perbuatan tersebut adalah sesuatu yang dituntut (bukan wajib!) berdasarkan lafaz-lafaz dari riwayat lain yang menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. sering atau selalu buat (banyak kali!) Sesuatu yang menarik, kalam Ibn Daqiq al-Eid, bahawa perbuatan ini sepatutnya ditinggalkan sekali sekala agar orang ramai tidak keliru dan menyangka seolah-olah perbuatan tersebut adalah wajib!!!

Ada dua isu menarik yang ditimbulkan oleh Ibn Hajar. Pertama, beliau tidak jumpa riwayat yang jelas menunjukkan Nabi s.a.w. sujud (sebab dalam surah al-Sajdah ayat 15 adalah ayat sajdah) kecuali riwayat Ibn Abi Daud dan al-Tabrani, namun kedua-duanya tidak sahih.

Isu kedua, hikmah dibaca al-Sajdah bukanlah sebab hendak sujud, seperti yang dikatakan oleh sebahagian 'ulama Kufah dan Basrah, sehingga ada di kalangan mereka yang berpendapat apa-apa surah pun boleh asalkan ada ayat sajdah, bahkan ada yang kata baca satu ayat sajdah pun dah okey kalau waktu tak mengizinkan... Semua alasan hikmah ini ditolak oleh Ibn Hajar, beliau telah quote dari Ibn Dihyah - berpendapat kedua-dua surah ini dibaca Nabi s.a.w. sebab isi kandungannya, yang menyentuh isu kejadian Adam dan keadaan pada hari Qiyamah, kerana kedua-duanya berlaku pada hari Jumaat...

Well, pendapat ni memang ada rasionalnya... memang menginsafkan jika kita sering diingatkan perkara yang sama, teringat akan nasib kita pada hari Qiyamah kelak, so... hari Jumaat kiranya memang nak kena jadi sehabis baik laa!!!

Thursday, July 28, 2005

Keindahan zaman kanak-kanak...

Satu perkara mengenai kanak-kanak yang sangat menarik, ialah mereka sentiasa bersemangat untuk meneroka perkara baru dalam hidup mereka. Cuba kita korek kembali kenangan sewaktu kecil, betapa bersemangat kita pada hari pertama untuk memulakan persekolahan, detik pertama naik basikal, pertama berdiri di hadapan perhimpunan untuk berucap... kesemuanya kita lakukan dengan penuh bersemangat...

Masih teringat akan nenda tercinta, suka benar melancong. Kali pertama dia ingin membawa diriku melancong ke Langkawi, seharian aku tak dapat bayangkan keseronokan untuk bercuti di sana... semalaman jua lah dia terpaksa temankan cucunya yang tidak dapat melelapkan mata.

Begitu juga sewaktu zaman persekolahan (sekolah rendah laa... sekolah menengah dah dewasa!) boleh dikatakan setiap perkara yang kita lakukan, kita akan buat sehabis baik...

Setelah meningkat dewasa, rasanya semangat untuk melakukan sesuatu semakin hambar... kita masing-masing sudah tidak ada keinginan untuk mencuba perkara baru... jika ada pun kerana terpaksa. Maka jarang orang dewasa dapat menghasilkan sesuatu yang telah diusahakan sebaik mungkin.

Jika dulu, time kecik-kecik, rasa tak sabar nak jadi orang dewasa, sebab nampak kebebasan yang mereka kecapi begitu indah... namun, sekarang rasa macam teringin benar untuk kembali ke zaman dulu, di mana ada perkara baru yang kita ingin ketahui atau lakukan... kehidupan yang bersih dari dosa yang menggelapkan hati.

Anyway, life must go on. Hopefully semangat ke'kanak-kanak'an akan sentiasa mempengaruhi perspektif diri dalam menilai sesuatu...

Kembara Bermula

Kehidupan di dunia adalah satu pengembaraan yang mesti ditempuhi oleh setiap insan... Pengembaraan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Akhirnya, setiap hasil usaha kita akan dinilai oleh Allah S.W.T. di akhirat... Maka aku memilih untuk meneruskan pengembaraan yang telah 24 tahun ku lalui, semoga Allah memberi kekuatan padaku, kerana tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi, Yang Maha Agung...