Wednesday, January 09, 2008

Jauhi Pertelingkahan Dalam Persoalan Khilaf


إن مسائل الخلاف في الفروع لا يعبغي أن تكون مثار فتن وشقاق وتنازع والأفضل بحث المسائل في جو ودي علمي فما وصل منه أهل العلم إلى اتفاق فذاك وما اختلفوا فيه فلا ينكر بعضُهم على بعض ويعادي بعضهم بعضا وإنما الواجب أن يعذر بعضهم بعض بما وصل إليه المخالف من الإجتهاد فإن العداوة والبغضاء هو سبب تعريض كلمة المسلمين وتشتيت أمرهم وضعف شأنهم حتى أصبحوا ممزقين قد تسلط عليهم أعداؤهم فاستباحوا بلادهم وأضعفوا كيانهم وصار المسلمون لهم أتباعا وفيما بينهم أحزابا فإن لله وإنا إليه راجعون

Maksudnya: “Sesungguhnya permasaalahan-permasaalahan khilaf dalam perkara-perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab timbulnya fitnah, perpecahan dan pertelagahan, yang lebih utama adalah mengkajinya dalam suasana semangat ilmu, maka apa yang disepakati oleh Ahli Ilmu maka itulah yang diambil, dan apa yang mereka berbeza pendapat, maka sebagian orang jangan mengingkari sebahagian yang lain, sebaliknya yang sewajarnya ialah saling memaafkan antara sebahagian dengan sebahagian yang lain, ini kerana permusuhan dan persengketaan merupakan sebab kepada menjauhkan kesatuan umat Islam dan memecah-belahkan urusan mereka, melemahkan keadaan mereka, sehingga menjadi musnah, sesungguhnya demikian itu menyebabkan musuh-musuh mereka menguasai ke atas mereka dan merampas negara mereka dan melemahkan entiti mereka, maka jadilah kaum muslimin pengikut-pengikut kepada musuh-musuh mereka dan sesama mereka wujudnya berbagai-bagai parti atau puak, Inna lillaahi wa inna ilaihi raji’uun.” (al-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Bassam, Taudhi al-Ahkam min Bulugh al-Maram, 2/80)

*Dipetik dari Laman Web Institut al-Qayyim. Terima kasih buat Ustaz Mohamad Abdul Kadir Sahak. Moga menjadi nasihat berguna buat kita semua, insya-Allah.

1 comment:

Anonymous said...

Komen atau soalan ana tidak berkaitan dengan topik secara khususnya tetapi berkaitan secara umumnya yakni solat jemaah. Apakah hukumnya menyerta solat jemaah yang diimamkan oleh iman berfahaman Syiah? Pernah terjadikepada saya apabila saya habis solat,barulah Muslim bermazhab sunni bersolat yang mana Muslim2 tersebut sampai lebih awal berbanding saya dan Imam yang saya sertai itu juga bertanya,"anybody else wanna join us?"
Sekian soalan saya.