Kakak saya pantang tengok barang-barang mainannya disimpan. Mesti nak disepah-sepahkan. Tapi dia bukannya nak main sangat pun.
Saya suka barang-barang mainan kakak saya, terutamanya blok-blok binaan sebab blok-blok binaan ni semuanya nampak sedap. Macam-macam kaler pula tu. Yum yum... Eh, terlepas pula. Ambil yang ni pula. Sedappp!
Ini pula kisah si botak yang malang. Botak ni adalah nama anak patung kesayangan kakak saya. Walaupun baba dan mama beli anak patung yang cantik dan lawa, kakak saya tetap suka pada botak. Alkisah pagi tadi, sewaktu maktok saya nak sidai baju, si botak ni macam mana entah terpelanting masuk dalam longkang. Habis badan botak basah kena air kotor bekas basuhan. Maktok saya pun perasan botak kat dalam longkang dan angkat si botak untuk dijemur kat rumput tengah panas biar kering. Kakak saya perasan maktok ambil botak dia, lantas menjerit dari dalam rumah. Maktok pun suruh kakak pergi keluar dan ambil botak sendiri kat atas rumput. Kakak saya pun pergi hendak selamatkan si botak. Tapi bila dia lihat badan botak basah dan kotor, terus dia baling botak ke dalam longkang semula. Itulah kisah si botak yang malang. Sekian, terima kasih kerana sudi dengar cerita saya mengenai kakak saya dan si botak yang malang.

No comments:
Post a Comment