Petang ini ke Campbell Street, ke bazar di sana. Lebih dikenali dengan nama 'Jual Murah' di kalangan masyarakat Pulau Pinang. Kawasan yang terkenal sebagai tempat membeli-belah kain baju dan macam-macam lagi. Aiman tinggal di rumah, Maryam sahaja yang ikut. Maktok nak beli kain sikit buat berniaga. Seperti biasa, kami parking di tempat letak kereta MPPP Jalan Argyle. Dulu sejam 60 sen, sekarang dah naik 80 sen. Jauh lebih murah dari kawasan parking swasta, RM 3 untuk setiap 45 minit.
Inilah gerai nasi kandar 'Line Clear' yang famous tu. Gerai kecil dan sempit, kat celah-celah bangunan. Ramai orang luar minat sangat dengan nasi kandar 'Line Clear.' Dulu pernah juga ke sana nak try. Memang sesak dan ramai pelanggan. Tapi melihatkan persekitaran gerai yang kurang hygenik, hilang selera. Hey, itu kami. Cerewet bab-bab kebersihan restoran. Biarpun persekitaran sebegitu, pelanggan tetap sesak.
Penang Road yang sesak dengan kenderaan. Boleh nampak gerbang Campbell Street sebelah kiri. Trek tram pun masih elok, boleh nampak dekat tengah-tengah Penang Road.
Maryam dah start masuk kawasan bazar. Lorong sempit, kiri kanan penuh kain baju. Amaran: kawasan bazar suasananya panas, jadi jangan pakai baju tebal.
Inilah suasana dalam bazar. Kat sini kena tawar. Kalau tak tawar memang rugi. Waktu tawar tu kalau boleh cakap loghat Penang lagi bagus. Boleh dapat murah. Sebab itu orang Penang panggil 'Jual Murah.'
Ada mamak cuba nak mengurat Maryam. Terus Maryam jelirkan lidah.
Oleh sebab dah sampai waktu susu, Maryam pun minum susu kat gerai di bazar, sambil mama dan maktok terus cari kain.
Cantik kain-kain kat sini. Tudung-tudung kat atas rak tu semua yang mama pilih. Banyak. Kat sini boleh dapat RM 10 satu. Kat pasar malam Jumaat lepas mama beli satu RM 18. Pashmina pun RM 10. Semua RM 10 la senang kira, mamak tu cakap. Dapat murah sebab kawan lama. Dulu waktu maktok sekolah darjah satu lagi dia selalu datang dengan toknek beli kain. Waktu tu mamak tu pun kecil lagi. Sekarang masing-masing dah ada cucu.
Lepas habis beli-belah, singgah gerai cucur udang di bazar. Kat celah-celah gerai bazar yang jual kain baju, ada satu gerai makan. Cucur udang la yang best kat sini. RM 1.80 satu set.
Maryam berdiri atas bangku gerai. Gerai ini sempit.
Bangku pun masih guna bangku kayu panjang yang kecil.
Bangku pun masih guna bangku kayu panjang yang kecil.
On the way balik ke kereta, singgah kat Kambli's Bubur Corner, kat simpang Jalan Dato' Koyah. Famous gerai bubur ni. Ramai pelanggan. Sebenarnya bukan gerai pun, penjual cuma jual guna kereta tolak. Menu berubah ikut hari. Hari ini dia jual bubur kacang. Hari lain bubur gandum dan pulut hitam. Kalau nak tambah pulut pun boleh. Harga pukul rata RM 1 sebungkus.
No comments:
Post a Comment