Thursday, February 05, 2009

Sarapan di Bukit Gedung

MARYAM: Selamat pagi! Pagi ini kami pergi bersarapan di Pasar Bukit Gedung, tak jauh dari rumah tokwan. Aiman tinggal di rumah. Tadi sewaktu kami nak keluar dia menangis-nangis nak ikut. Dah tahu orang nak keluar tak bawa dia.


Dah sampai. Cuba teka apa yang saya tunjuk? Hint: Saya tunjuk ke arah sesuatu yang amat menarik perhatian saya, dan biasanya dekat kawasan pasar memang banyak ada. Jawapannya ialah: KUCING!

Saya sedang makan makanan kegemaran saya: TELUR REBUS!


Baba, teh ais baba nampak sedap la, minta sikit!

Inilah medan selera dekat pasar Bukit Gedung. Macam-macam ada. Ramai orang pula tu. Nasi lemak, nasi tomato, nasi campur, roti canai, lempeng kelapa, apam, kuih-muih, mee udang, char koay teow, cucur udang, soto, lontong dan macam-macam lagilah.

Ini pula Kompleks Balai Polis Bayan Baru, seberang sana sungai. Balai polis ini besar dan lengkap, tengok betapa tingginya pagar besi keliling balai. Memang tak boleh panjat. Tinggi sangat. Tempat lokap.


Lagi gambar pemandangan medan selera.

video
Nak ke? Saya makan telur rebus. Sedap. Waktu mama saya tengah ambil lauk nasi lemak tadi, selamba je saya cekau telur sebiji. ala, makcik yang berniaga tu tak marah pun, siap bagi pinggan lagi kat saya. Cuma, saya tak suka telur kuning. Saya suka yang putih saja, tapi makcik tu beritahu dia takde jual telur rebus yang kaler putih saja. Saya pun apa lagi, korek dan buang telur kuning kat tengah tu atas lantai. Protes. Makan yang putih saja.


video
Wah, ada roti canai. Best!

Ini ialah roti bom. Kecil-kecil lagi saya dah tahu beza antara roti canai dan roti bom.

video
Tiba-tiba kan, ada anak kucing datang kat saya, dia makan telur kuning yang saya buang tadi. Saya pun apa lagi, menjerit kuat-kuat, semua orang kat pasar boleh dengar suara saya. Geli! Maktok terus ambil kucing dan letak tempat lain. Tapi saya tetap rasa gerun, terus melompat atas baba.

Eh, bestnya diorang main kat situ. Nak pergi jugak la.

video
Ok semua. Saya dah nak balik. Jumpa lagi. Oh, lupa nak beritahu. Nama rasmi tempat ini ialah Medan Makanan dan Pasar Mayang Pasir.

No comments: