Friday, February 06, 2009

Pasar Malam Sungai Ara lagi

MARYAM: Petang ni kami hendak ke pasar malam. Jalan kaki, sebab pasar dekat kawasan perumahan tokwan. Pasar Malam Sungai Ara pada setiap hari Jumaat malam Sabtu. Jom semua. Saya dan Aiman dah sedia. Oleh sebab saya terasa malas, saya pun tumpang naik stroller Aiman.

Ini bangunan surau baru Kampung Jalan Tengah. Menurut cerita kawan-kawan baba yang selalu berjamaah di sini, duit peruntukan surau baru sudah lama ada, tetapi bila BN kalah pilihanraya umum tahun 2008 baru cepat-cepat dibina. Peruntukan dari Kerajaan Pusat. Janji nak siap selepas Eidul Adha Disember lepas, tetapi sampai sekarang bangunan saja yang siap, jalan masuk belum siap.


Ini pula surau lama Kampung Jalan Tengah, masih digunakan sehingga sekarang. Baba kadang-kadang solat di sini, sebab dekat dengan rumah tokwan, jalan kaki saja. Masjid Al-Huda macam jauh sedikit.

Itu dia pasar malam. Dah sampai.

Saya dan Aiman sedang melihat orang lalu-lalang di pasar. Macam siapa ye?

Mama sedang pilih tudung. Ada ke patut saya ditinggalkan kat stroller dengan Aiman. Saya dah besar, nak tudung juga. Itu yang saya menangis nak pakai tudung juga. Mama pun belikan satu untuk saya. Terima kasih mama.

Saya dah pakai tudung yang mama belikan. Macam besar je, macam mana mama pilih ni. Saya sedang tengok pakcik sebelah sedang pasang gerai. Aiman pula tengok gerai yang sebelah lagi satu.


Cantik tak tudung saya?

Uihh, banyaknya gerai. Tak tahu nak beli apa untuk makan malam ni.

Ramainya manusia. Berasak-asak.

Pertengahan jalan, saya selisih dengan maktok dengan non. Jadi saya buat keputusan untuk ikut maktok jalan di pasar malam. Tinggallah Aiman seorang dengan mama dan baba. Diorang balik awal. Sampai di rumah, Aiman menangis marah-marah sebab dia belum mahu masuk rumah. Nak berada di luar lagi.

Inilah laksa Ibrahim yang baba cerita minggu lepas. Sedap.

Hehehe... cuba teka saya makan apa? Jawapannya ialah coklat nyum nyum. Maktok marah tak kasi saya makan. Non pun kena marah, lain kali tak boleh beli benda-benda macam ni lagi. Nak tahu satu rahsia tak? Hari ini saya tak makan apa-apa pun selain dari coklat ini. Susu saja. Habis comot mulut saya, belakang tu pakcik saya yang pulang bercuti.

No comments: