Saturday, February 07, 2009

Sarapan di Bukit Gedung lagi

MARYAM: Pagi ni saya ikut mama, baba dan maktok pergi sarapan di Bukit Gedung lagi. Seperti biasa, Aiman kena tinggal di rumah. Kesian Aiman.

Cuma kali ni kami cuba gerai mee udang. Gerai ni jual mee, bihun dan koay teow. Nasi goreng pun ada. Minta la nak goreng macam mana, goreng biasa, singapore, hailam ataupun kuah. Semua ada udang. Sekarang saya sedang rasa koay teow goreng mama.

Bihun goreng singapore saya dah sampai. Hmm... sedap.

Muka saya cuak sikit sebab ada kucing suka datang dekat saya. Tak suka!

video
Ouch, hot!

No comments: