Tindakan lompat-melompat parti yang telah menyebabkan kerajaan Negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tumbang. Dari aspek undang-undang, tindakan melompat parti tidak salah. Bagaimana pula dari aspek moral? Aturan alam, parti yang dilompat keluar pastinya akan mengatakan tindakan tersebut tidak beretika dan membelakangkan kehendak rakyat yang diwakili, manakala parti yang dilompat masuk akan bertepuk dada bangga kerana prinsip-prinsip perjuangan mereka lebih diyakini. Apabila tindakan melompat dipertikaikan, pastinya parti yang dilompat masuk akan mempertahankan tindakan tersebut, inilah demokrasi.
Sama sahaja. Jika tahun lepas, ada pemimpin PR yang ingin benar menubuhkan kerajaan pusat dengan menarik ahli-ahli parti lain melompat ke partinya. Tidak perlu diadakan pilihanraya semula. Cukup dengan melompat dan kemudian membuat usul tidak percaya di Parlimen sebelum mendapat perkenan DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong. Sama juga bulan lepas apabila ADUN Bota melompat masuk ke PR, tidak perlu diadakan pilihanraya kecil kerana itulah demokrasi. Apabila tiga ADUN PR melompat keluar, lantas pilihanraya kecil dikatakan mesti diadakan, pulangkan hak rakyat. Waktu ADUN Bota melompat dulu tidak pula dipinta agar kuasa dikembalikan kepada rakyat Bota.
Lebih sadis apabila setiap ADUN PKR dan DAP telah dipaksa menandatangani surat perletakan jawatan tanpa tarikh setelah memenangi pilihanraya pada Mac 2008. Sahkah apabila mereka dipaksa sebegitu rupa? Apabila wakil BN melompat, PR bersorak, BN mengeji, kononnya wakilnya dipujuk dan digula-gulakan. Apabila giliran wakil PR pula melompat, BN bersorak dan PR menuduh wakil-wakilnya digula-gulakan dan meminta pilihanraya baru diadakan.
Bila ADUN Bota melompat, PR kata mereka tidak pernah menawarkan apa-apa ganjaran kepadanya, sebaliknya lompatan tersebut berlaku kerana prinsip perjuangan PR yang lebih diyakini. Bila ADUN PR pula melompat, PR menuduh mereka telah diculik dan dikurung, dipujuk rayu dan ditawar pelbagai ganjaran. BN juga menafikan sekeras-kerasnya ADUN PR diberi pelbagai ganjaran.
Macam sama saja kedua-duanya. Hanya menyokong lompat jika ia menguntungkan mereka dan merugikan parti musuh. Jika benar lompat parti diterima, maka kena tanggung risiko bahawa bukan setiap lompatan akan menguntungkan parti sendiri. Tak bolehlah hanya sokong lompat apabila ia menguntungkan parti sendiri, bila rugi ditentang pula. Jangan juga awal-awal lagi mengongkong ahli parti daripada melompat sekiranya benar-benar hendak terima perbuatan melompat.
Cuma apabila lompat-melompat ini mengakibatkan pertukaran kerajaan, lebih molek jika pilihanraya diadakan agar mendapat mandat baru dari rakyat.
Sayang seribu kali sayang...

No comments:
Post a Comment