Berkoyan-koyan! Itulah perkataan yang menggambarkan jumlah kitab penulis yang ada dalam simpanan Masjid Al-Ihsan, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Semenjak belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan berjinak-jinak dengan aliran tajdid, setiap siswa dan siswi sangat-sangat disarankan oleh para pensyarah dan guru-guru agar merencanakan perpustakaan sendiri. Perpustakaan tersebut mesti terdiri daripada kitab-kitab utama dan asasi Islam yang dikarang oleh para sarjana Islam. Setiap kali adanya pameran buku antarabangsa di PWTC saban tahun, maka berbondong-bondonglah siswa-siswi mencari kitab-kitab tersebut. Perbelanjaan membeli kitab lebih utama daripada perbelanjaan makanan! Hasilnya, apabila siswa-siswi ini menamatkan pengajian, masing-masing telah ada koleksi perpustakaan tersendiri.
Sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Ottawa, Kanada pada September 2006; pada awalnya penulis bercadang untuk membawa pulang kitab-kitab tersebut ke kampung. Namun, atas cadangan sahabat baik sekolah dahulu, lebih elok jika kitab-kitab tersebut dipinjamkan kepada Masjid Al-Ihsan di sekolah menengah penulis dahulu. Sekurang-kurangnya selama dua tahun, para pelajar sekolah boleh membaca dan beroleh manfaat dari koleksi kitab-kitab tersebut.
Masjid Al-Ihsan ada sejarah tersendiri. Dahulunya sebuah surau, tatkala penulis di Tingkatan 2 (1995) ia telah dinaik taraf dari sebuah surau sekolah kepada masjid. Tidak perlu lagi berjalan keluar untuk Solat Jumaat di Masjid Jamek Sungai Sekamat. Pada waktu itu, Masjid Al-Ihsan adalah masjid pertama yang ditubuhkan di sekolah di Malaysia. Ditadbir dan diurus oleh para pelajar dengan panduan guru-guru.
Kini selepas dua tahun setengah, penulis kembali ke sekolah lama untuk mengambil semula kitab-kitab tersebut. Kali ini ditemani seorang rakan sekolah yang kini sama-sama bekerja di UIAM. Selesai mengambil kitab-kitab, sempat juga singgah di bangunan sekolah dan bertemu kembali dengan para guru sekolah. Masih ramai guru-guru lama yang terus berkhidmat dengan sekolah, biarpun ramai juga yang telah berpindah. 11 tahun adalah tempoh yang lama. Selepas 11 tahun, baru penulis kembali menjenguk sekolah lama. Sememangnya banyak yang telah berubah. Kebanyakan guru menasihatkan penulis dan rakan agar menjaga kesihatan dan berlaku baik kepada isteri dan anak-anak. Insya-Allah...

No comments:
Post a Comment