Tuesday, February 03, 2009

Riadah pada petang hari

Saya di kampung. Baru lepas makan geguli pulut kacang merah.

Saya kat belakang rumah tokwan. Inilah betty.
Satu-satunya kucing yang saya tak takut setakat ni.

Ini pokok longan a.k.a. buah mata kucing. Sedap. Dulu waktu raya saya selalu datang dan petik buah mata kucing. Maklumlah pokok masih kecil dan rendah. Pokok ini adalah hadiah kawan baik tokwan saya sewaktu perkahwinan baba dengan mama, dibawa khas dari Johor. Saya geram tengok buahnya yang lebat, sebab tu tiap kali saya balik kampung saya pastikan buahnya habis dipetik, walaupun bukan saya yang makan!


Saya kuat, tengok saya tolak pintu pagar yang berat ni.


Inilah kekawan saya, abang-abang dari rumah sebelah. Saya suka bermain dengan diorang.
Pagi tadi maktok tak bagi keluar, petang baru boleh main.


Cuba teka apa yang saya tengok kat atas? Jawapannya ialah... BULAN.

No comments: